~ bumi dipijak milik orang ~

Monday, July 14, 2008

SANGGUPKAH... Orang Melayu Melihat YAB Menteri Besar Perak Menjadi Alat Dan Boneka DAP...?


"HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI". Apakah yang boleh diharapkan dari YAB Menteri Besar Perak yang sepatutnya menjaga dan melindungi hak-hak keistimewaan Institusi Kesultanan sebagai pemelihara hak Agama Islam dan adat Orang-orang Melayu dan kepentingan Orang-orang Melayu dan Rakyat Negeri Perak?
DAP terang-terang menunjukkan belangnya menguasai pentadbiran Negeri Perak yang diketuai oleh Menteri Besar PAS. Menteri Besar Perak hanyalah BONEKA yang diperalatkan oleh DAP.
Orang Melayu Perak sudah tentu meluat melihat gelagat Menteri Besar Perak membuat pengumuman bahawa Kerajaan Negeri Perak telah mengharamkan akhbar Utusan Malaysia. Kerajaan PAS Kedah dan Terengganu tidak pula memboikot Utusan Malaysia kerana kedua-dua kerajaan tersebut tidak didalangi oleh DAP.
Pengumuman Kerajaan Negeri Perak memberi tanah kepada penduduk-penduduk kampung baru di Negeri Perak dengan milikan kekal 999 Tahun telah menerima pendapat yang berbeza daripada kalangan pemimpin PAS.
PAS Terengganu menyifatkan pemberian Hak Milik 999 Tahun atau selagi adanya Bulan & Matahari itu hanya berlaku pada Zaman Pemerintahan Penjajah Inggeris.
PAS Terengganu juga turut menyarankan agar Kerajaan Negeri Perak sekarang mengkaji Kesan Negatif yang akan diterima daripada kelompok masyarakat di Negeri Perak.
DAP yang berselindung disebalik Menteri Besar Perak (PAS) dilihat telah terlalu ANGKUH dan mengenepikan Perlembagaan Negara dalam isu pemberian tanah yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Perak yang bercanggah dengan Seksyen 76(aa), Subseksyen (iii), Kanun Tanah Negara.

DAP Pulau Pinang pula menyifatkan semua agama mempunyai kedudukan yang sama walaupun mereka mengakui bahawa Agama Islam adalah agama Rasmi negara. Apakah ertinya Islam sebagai agama rasmi sedangkan telah disama tarafkan dan tidak mempunyai status yang lebih tinggi?
DAP juga telah dengan lantang mengecam Dasar Ekonomi Baru dan secara lansung juga memperkecilkan Hak Orang Melayu yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Negara.
Di Johor pula, wakil DAP juga telah mencabar Institusi Raja dengan secara BIADAP tidak mahu memakai Songkok semasa Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Johor.
ORANG MELAYU NEGERI PERAK KHUSUSNYA, HARUS BERSATU memastikan Kerajaan Negeri Perak yang diketuai oleh YAB Menteri Besar dari PAS yang diPeralatkan oleh DAP tidak menghancurkan Negeri Perak kerana kita telah melihat dengan terang-terang bahawa segala tindakan yang dibuat adalah semata-mata untuk Kepentingan Politik DAP tanpa mengambil tahu akan Kepentingan Rakyat dan Orang Melayu Negeri Perak amnya.

No comments:

KOMEN...!!!??


Free chat widget @ ShoutMix